Pengenalan |
Karavan Tani merupakan lanjutan dari Projek Karavan Pasar Tani yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta Pasar Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008 |
|
Objektif Karavan Tani |
Di antara objektif-objektif utama Karavan Tani termasuklah:- |
- Saluran alternatif menyokong matlamat MOA " Jihad Memerangi Orang Tengah"
- Meluaskan pasaran hasil pertanian
- Meningkatkan pendapatan petani
- Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru.
- Menggalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum bumiputera
- Menggalakkan kaum tani khususnya kaum bumiputera menyertai bidang perniagaan.
|
Konsep |
Konsep Karavan Tani adalah:- |
- Memasarkan hasil pertanian secara bergerak kepada pengguna.
- Persembahan produk-produk yang lebih baik, telah siap dibungkus, lebih kemas, bermutu dan dijual dengan harga yang lebih kompetitif.
- Van peserta akan ditukar imej luarannya dan akan dibenarkan berniaga di tapak-tapak pasar tani sedia ada (perlu mendapat kelulusan FAMA terlebih dahulu) dan lain-lain lokasi yang dibenarkan
|
No comments:
Post a Comment